Wednesday, May 04, 2016

PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM!!

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Azmi Mohd???

Azmi doakan anda semua sentiasa sihat, berada di dalam rahmat Allah dan gembira bersama keluarga tersayang.

Hari ini, Azmi nak share tentang isu yang ramai orang SALAH FAHAM, termasuklah diri Azmi sendiri suatu ketika dahulu.

Isunya ialah, ramai orang ingat UBAT = SUPPLEMENT. Yelah kan, mungkin sebab keadaannya yang sama dalam bentuk PIL. Tapi hakikatnya memang TAK SAMA yer.



Inilah antara persoalan dan statement yang pernah Azmi fikirkan dulu. Mungkin ada antara anda yang berfikiran yang sama? ;)

"Saya tak sakit, buat apa nak makan pil-pil vitamin semua ni??"

"Alah, biasalah tu letih-letih, sakit-sakit badan ni, nak buat macam mana, dah terpaksa. Kan ibu menyusu, sibuk dengan kerja, sibuk dengan family. Tahan aje lah.."

"Saya tak makan apa-apa supplement pun susu badan dah banyak! Tak perlu nak makan vitamin-vitamin ni, membazir duit aje!"

"Saya tak suka bergantung kepada ubat supplement. Saya makan bila perlu jer.."

"Saya tak suka makan supplement sebab ini semua taktik syarikat yang jual supplement nak kaut untung!"

Jom kita senaraikan PERBEZAANNYA:-

PERBEZAAN #1


UBAT :
Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit.

SUPPLEMENT :
Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit.

Dulu, Azmi tak faham langsung apa beza UBAT dan VITAMIN. Kan kita muda lagi, sihat lagi. Kenapa nak kena telan macam-macam pills tu. Kalau sakit barulah makan. Tak sakit buat apa nak makan ubat vitamin tu. Haaa..nampak tak betapa salah fahamnya Azmi masa tu. Panggil pun "UBAT VITAMIN". Hahaha..

Sebenarnya, supplement adalah MAKANAN TAMBAHAN, sama macam makanan seharian yang kita perlu makan setiap hari. Tapi ia BUKAN PENGGANTI MAKANAN

Bezanya, supplement telah di ubahsuai dalam bentuk pil atau serbuk untuk memudahkan kita makan dan tahu jumlah pengambilan setiap hari.

Jadi supplement diperlukan untuk memelihara kesihatan kita dan mencegah penyakit. Ia bukanlah ubat yang kita perlu makan semasa sakit saja.

Kalau anda nak tahu, dulu Azmi kerap juga SAKIT KEPALA, SELESEMA, SAKIT TEKAK, dan BATUK BERKAHAK. Penyakit biasa je ni kan. Kalau minum ais  banyak sangat, mulalah tekak rasa tak selesa. Tapi tak serius sangat. Kadang-kadang disertakan demam. Kadang-kadang tak demam. Memang immunisasi rendah sangat. Makan berkhasiat pun tak jaga sangat.

Kalau dulu-dulu, sakit macam ni je Azmi confirm akan pergi klinik sebab nak baik cepat. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada pergi clinic jumpa Doctor. Macam dah jadi lawatan bulanan la pulak. Hehe.

Dan biasanya doctor akan bagi  UBAT BERASASKAN DADAH iaitu Paracetamol dan ubat selesema (e.g. Chlorphenamine). Kalau Azmi bagitahu kahak dah kuning hijau dan berketul-ketul, doctor akan bagi Antibiotik sekali.

Alhamdulillah, sekarang ni, sejak Azmi mengamalkan supplement Shaklee dah jarang-jarang sangat mengalami masalah di atas.

Kalau kena pun, Azmi cuma ambil setiap hari 2 biji Vitamin C, 3 biji Omegaguard Fish Oil, dan 4 biji Garlic Complex. Di samping makan vitamin biasa yang Azmi ambil setiap hari macam Vivix, BComplex, ESP dan GLA.

Alhamdulillah, biasanya masalah di atas akan selesai dalam tempoh 1 minggu, dan takyah pergi jumpa doktor pun. Untuk masalah kesihatan yang ringan macam ni, dah boleh jadi doktor kepada diri sendiri dan keluarga je.. hihi..

PERBEZAAN #2


UBAT :
Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!

SUPPLEMENT :
Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita.

TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan supplement yang kita ambil dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Hmm..Mungkin ada yang kata "Lambatnya sakit nak baik, sampai 1-2 minggu. Kalau makan ubat doctor, 2-3 hari je dah baik.". Hehe. Azmi dulu sebelum kenal Shaklee pun fikir macam tu juga.

Tapi tahukah anda?

Kebanyakan pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani DIALISIS, adalah terdiri daripada pesakit DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL yang bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital berasaskan DADAH, atau yang sering makan PARACETAMOL (contoh untuk MIGRAIN, SENGGUGUT).



Puncanya?

BUAH PINGGANG TERBEBAN DENGAN BAHAN ASING yang masuk ke dalam badan pesakit setiap hari dan tertinggal di dalamnya. Memang kebanyakan pesakit dialisis adalah di kalangan mereka yang dah bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital yang diperbuat daripada dadah. Kalau tak percaya, anda boleh refer kepada pusat-pusat dialisis.

Seorang wanita yang sering mengalami Senggugut dan ambil Pain Killer setiap bulan, selama bertahun-tahun, akhirnya buah pinggang  rosak, terpaksa menjalani dialisis dan akhirnya menyebabkan kematian.
(Senggugut Boleh Merosakkan Buah Pinggang?! WANITA WAJIB BACA!!)

So bila Azmi dah sedar yang ubat doctor bagi tu adalah DADAH dan akan bagi effect pada buah pinggang untuk jangka masa panjang, Azmi lebih rela sembuh dengan penyelesaian secara SEMULAJADI.

Contohnya, supplement Shaklee memang diperbuat daripada bahan-bahan makanan dan semulajadi.

Antara kandungan dalam VIVIX adalah dari Anggur Muscadine, COLLAGEN dari sisik ikan merah, ESP daripada kacang soya, HERBLAX daripada Daun Senna, OMEGAGUARD daripada minyak ikan laut dalam, JOINT HEALTH TABLET dari jagung dan lain-lain lagi.

PERBEZAAN #3


UBAT : Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit.

SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari.

UBAT berasaskan dadah kebanyakannya cuma menutup dan mengubati kesakitan. Sedar tak? Takde penyakit yang berpunca daripada kekurangan apa-apa ubat dalam badan.

Contohnya bila kita sakit kepala ambil Paracetamol. Sakit kepala tu bukan berpunca daripada kekurangan Paracetamol dalam sistem badan kita kan? Tapi cuma untuk hilangkan kesakitan je. Jangan gatal nak ambil ubat bila tak sakit yer, nanti dapat penyakit lain pulak jadinya. Hehe..

Tapi berbeza dengan supplement, ia mengandungi segala protein, vitamin, minerals yang PERLU ADA UNTUK SEL-SEL DALAM BADAN BERFUNGSI DENGAN BAIK.

Kalau badan kurang vitamin, kita boleh sakit atau kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Contohnya kalau kita selalu demam selesema, ia kemungkinan besar disebabkan badan kita kurang VITAMIN C. So kita rawat lah daripada PUNCA penyakit tu, iaitu makan supplement VITAMIN C untuk menampung kekurangan tu. InsyaAllah, ia dapat mengelakkan sakit yang sama berulang kembali.

Dan sekali diingatkan yer, supplement ni BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Tapi ia adalah PELENGKAP makanan kita setiap hari. Sebab itu supplement sebaiknya di makan bersama makanan seharian supaya ia lebih mudah diserap dan lebih berkesan.

Ia bertindak perlahan-lahan dalam jangka masa panjang untuk mengisi lompong-lompong nutrient yang kurang dalam badan kita.


SAMPAI BILA KENA MAKAN SUPPLEMENT NI??!!

Sebenarnya, ia terpulanglah kepada apa yang kita makan setiap hari.

Kalau kita boleh pastikan setiap hari makanan yang kita masak atau beli tu cukup keperluan vitamin, minerals yang diperlukan macam dalam Piramid Makanan di bawah, mungkin kita tak perlukan supplement.



Amacam, cukup tak portion makanan kita setiap hari macam yang disarankan? Kalau kita kerap makan Fast Food dan Processed Food, biasanya memang tak cukuplah macam ni kan...Huhu..

Sebenarnya, selain makanan, banyak lagi faktor lain yang boleh merosakkan badan kita. Contohnya persekitaran yang dipenuhi pencemaran udara, asap rokok sekunder, radiasi, gaya hidup yang sibuk dan stress berpanjangan.

So supplement sebenarnya membantu juga untuk mengatasi masalah disebabkan faktor-faktor di atas tu untuk jangka masa panjang. Sebelum kita TERPAKSA makan macam-macam ubat dadah lepas dah kena penyakit, tak salah kita amalkan supplement untuk pastikan badan kita cukup vitamin dan minerals. Betul ke betul? ;)

Kita tengok contoh Tun Mahathir Mohamad. Kalau anda nak tahu, beliau adalah pengamal suppplement sejak muda lagi. Sekarang Tun dah pun berumur hampir 90 tahun. Cuba bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan pemikiran) dengan atuk kita yang sebaya yang tak mengamalkan supplement. Hmm..nampak jelas perbezaannya?

Azmi harap penjelasan di atas dapat memberi info dan bermanfaat kepada anda semua.

ADAKAH SUPPLEMENT BOLEH BERI KESAN KEPADA KESIHATAN?

Jawapannya YA, kalau supplement yang anda ambil tu diperbuat daripada bahan SINTETIK atau bahan kimia. InsyaAllah, dalam entry seterusnya, Azmi akan jelaskan lebih lanjut tentang perbezaan VITAMIN SINTETIK Vs. VITAMIN SEMULAJADI.

Stay tuned!!

Thanks for reading :)

0 comments:

Post a Comment

  • Disclaimer #1

    Sebarang penulisan di blog ini adalah perkongsian peribadi, dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Anda dilarang untuk mencetak, atau salin sebarang penulisan di blog ini, sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

    Disclaimer #2

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, dan mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Followers

  • Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

  • Jumlah Pelawat